A
S
S
A
L
A
M
U
A
L
A
I
K
U
M
R
E
A
D
E
R
S

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. Wednesday, 15 May 2013

Bismillahhirrahmanirrahim - Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah, Lagi Maha Penyayang. Assalamualaikum dan salam sejahtera. Ya Allah, sekian lamanya tak menulis blog sejak 2011, akhirnya hati ni terdetik nak menulis kembali. SubhanAllah banyak betul perubahan, terkapai-kapai lagi nak belajar cara-cara menggunakan blog yang baru ni :) .

Alhamdulillah, sudah setahun lebih aku dah meninggalkan sekolah. Rasa macam baru semalam aku duduk dikerusi dan belajar di sekolah bersama kawan-kawan aku :) . Sekarang, aku seorang pelajar Diploma in Secretaries Ship semester 2 di Kolej Teknologi Antarabangsa Cybernetics. Alhamdulillah, kehidupan aku sekarang jauh berbeza dengan dulu walaupun kehidupan dulunya lebih seronok dan indah. Dan sekarang aku lebih mengenali dunia, lebih mengerti erti hidup yang sebenar. Dengan izin Allah SWT, aku perlahan-lahan menutup aurat di mulakan dengan berhijab, aku mula belajar tentang ilmu agama yang selama ini aku anggap ianya hanya perkara yang mudah. Rasa jahilnya diri ini bila kenangkan kembali diri yang dulunya. Alhamdulillah, Allah masih beri hidayah-Nya kepada aku walaupun telah banyak aku berbuat dosa kepadanya terlalu banyak nikmat yang Dia berikan kepadaku, Syukra Ya Rabb :') . Sekarang, aku ingin mulakan kehidupan yang lebih baik daripada sebelum ni dan aku ingin menghargai kehidupan yang telah lama aku sia-siakan, Semoga Allah SWT membantuku dengan mempermudahkan aku untuk menjadi seorang manusia yang berguna didunia dan diakhirat kelak. Ameen Ameen Ya Allah. 
Wednesday, May 15, 2013

My Profile

Aku bersaksi bahawa Tiada Tuhan disembah Melainkan Allah dan aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad Pesuruh Allah. Alhamdulillah, aku bersyukur kerana telah dilahirkan sebagai seorang Islam yang hanya menyembah Allah SWT Maha Pemurah lagi Maha Penyayang dan sebagai umat Nabi Muhammad SAW. Telah banyak nikmat yang telah Dia berikan kepadaku sehingga tidak terucap dengan kata-kata. Hanya dengan mensyukuri segalanya aku berserah takdirku kepada Allah SWT yang satu. Semoga aku menjadi seorang muslimah yang mukminah yang sentiasa taat pada perintah-Nya. Ameen Ameen Ya Rabb. Salam ukhuwah Fillah abadan abada kepada pembaca-pembaca yang sudi melawat blog ni :) TheFadingNight.

Archives

By Recent Posts:
  1. May 2013

By Monthly Archive:

All material © MuslimYoungGirl 2011.
Powered by Blogger.
Home
FollowAna